• Home
  • Kami
  • Dr.Cinta
  • Hantar Karya
  • Iklan
  • Beli Novel
  • Komuniti
  • Kata Cinta
June 19, 2013
AyatAyatCinta

“Ayat Ayat Cinta, menceritakan tentang cinta yang ada dalam hidup kita dengan gambaran kasih sayang, diceritakan melalui puisi, digambarkan dengan potret dan dinyanyikan dengan lagu. Salam dan Selamat datang ke AyatAyatCinta.Net”

Menarik
  • Artikel Cinta
  • Ayat Ayat Cinta
  • Cerita Cinta
  • Design Lover
  • Dr.Cinta
  • FotoCinta
  • Kartun
  • Koleksi Novel
  • Media Terkini
  • Puisi Cinta
  • Tips Cinta
  • Video Cinta
  • Join Komuniti
  • Lagi Menarik
    • Tanpa Batas (Puisi)
    • Aku Ingin Kau Tahu (Puisi)
    • Wajah Kekasih (Puisi)
    • Maafkan Aku (Puisi)
    • Persoalan Cinta Tika Ini… (Puisi)
    • Cinta Al-Jannah Milik Kita (Puisi)
    • Bicara (Puisi)

Puisi Cinta dari Ketika Cinta Bertasbih 2

Posted On Monday, July 4, 2011 By Cinta Hati. Under Media Terkini, Puisi Cinta  Tags: Habibburahman El Shirazy, Ketika Cinta Bertasbih, Ketika Cinta Bertasbih 2, Khairul Azzam, Puisi Ketika Cinta Bertasbih  

Mengintai negara jiran dengan filem Ketika Cinta Bertasbih yang berjaya melonjakkan sebuah filem Islamik di layar perak Indonesia. Filem ini juga merupakan filem paling laris pada tahun 2009 dengan jumlah penonton seramai 3 juta untuk bahagian pertama dan sekuelnya pula mendapat tontonan dari 1.5 juta. Diapdatasi dari novel karya Habibburahman El Shirazy.

Kisah berkisar tentang Abdullah Khairul Azzam yg belajar di Universiti Al-Azhar,Cairo selama 9 tahun. Dia menyara pengajiannya dan adik beradik serta ibu di kampung dengan menjual tempe dan bakso. Dia melakukan demikian selepas kematian ayahnya. Dan selama 9 tahun jugaklah, Khairul Azzam tidak pernah pulang ke kampung halaman sehingga adik bongsunya tidak pernah mengenali diri Khairul Azzam. Hanya gambar yang menjadi ganti diri Khairul Azzam kepada keluarga di kampung.

Cerita ini berpaksi kepada pengorbanan seorang abang untuk menyara keluarga yg jauh di Indonesia and betapa Khairul Azzam sangat mencintai agama Islam. Baginya, setiap apa yang dilakukan adalah berpandukan kepada ajaran Islam dan begitu jugalah dengan soal jodohnya. Segala-galanya diserahkan kepada Allah untuk menentukan cinta hatinya.

Di sebalik sebuah filem yang sarat dengan mesej ini, terselit beberapa babak yang sangat menarik untuk diingati. Baris-baris puisi yang dideklamasikan dalam filem ini sangat puitis dan menarik. Antaranya, apabila watak Husna dan Ana ditanyakan makna cinta bagi mereka, dan ketika Husna menyampaikan betapa ”cintanya” dia terhadap abang yang sangat disayanginya ( Khairul Azzam ). Berikut adalah petikan puisi-puisi tersebut. Mungkin dapat dijadikan panduan bagi kita agar kita sendiri cuba menilai apa itu makna cinta yang sebenarnya :

Husna :
Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis jadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sihat,
Mengubah bakhil jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah CINTA.

Ana :
Sekalipun cinta telah kuuraikan,
Dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi,
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta,
Dalam menghuraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan,

Dari Husna kepada Khairul Azam:
Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,
Tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala,
Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah membagi cerah cahaya,
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa,

Filem KCB1 & KCB2 sedang ditayangkan dalam rangka promosi untuk saluran baru dari Astro yang bakal menemui anda dalam masa terdekat dengan semuanya tentang filem,musik dan hiburan dari negara jiran Indonesia. nantikan Astro Pelangi.

Mungkin selepas ini kita sertakan ulasan dari filem hebat Malaysia sendiri seperti Cinta, Sepi dan Nur Kasih. Teruskan membaca AyatAyatCinta.net :)

Ketika Cinta Bertasbih

Yang Ni Pun Menarik


Lebih dari Coklat.


Hi How Are You ?


Pelancaran AyatAyatCinta.net (Video)


The Malay Wedding (Artikel)


Hati Pasti (Puisi)


Sunyi Sepi (Puisi)


Biarlah Allah yang Tentukan (Puisi)


Pengertian ikatan Perkahwinan... (Puisi)

« Garfu I Love You (Foto)
6 Tips Berkenalan untuk Lelaki (Artikel) »
  • Jadi Komuniti Kami
  • Hantar Idea
  • Terkini
    • Alhamdulillah, Berikan Kami Kasih Sayang
    • Lelaki Kenapa Kamu Curang ?
    • Senyum dan Tangis (Design)
    • Jangan Kamu Ucap (Design)
    • Tanpa Batas (Puisi)
    • Hati Tanpa Kau Sedar (Design)
    • Ku Benci Rindu (Design)
    • Persediaan Perkahwinan untuk Para Pengantin (Artikel)
    • Aku Ingin Kau Tahu (Puisi)
    • Wajah Kekasih (Puisi)
    • Sibukkan Diri (Design)
    • Maafkan Aku (Puisi)
    • Persoalan Cinta Tika Ini… (Puisi)
    • Sekali Dapat (Design)
    • Pesan Pada Hati (Design)
  • Iklan


  • AyatAyatCinta.Net
    Terima Kasih atas kunjungan anda ke AyatAyatCinta.Net . Kami akan terus memberikan artikel yang menarik dan terbaik untuk pengunjung supaya menjadi rujukan dan pilihan utama anda.. :)
  • Kongsikan
  • Komuniti
  • Hubungi Kami
    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi kami terus di

    e-mail :
    paksimedia@gmail.com
  • Authors
  • Kata Cinta
  • Komuniti
  • Pengiklanan
  • Survey
  • Dr.Cinta
  • Hubungi Kami
  • Beli Novel
  • Share / Kongsi
Copyright © 2013. All Rights Reserved.