Bace Yang Penuh
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-84-6
Harga: RM 22.00

“Nukilan Gambar adalah apa yang ditangkap dari rasa yang dilihat dengan mata dan dicipta dengan cinta” Saya SaupixAhmad berkongsi bersama hasil karya saya dengan kerjasama AyatAyatCinta.Net memberikan gambar-gambar inspirasi cinta kepada pelawat dan peminat kami. Terus menyokong Saya dan AyatAyatCinta.Net :)
*Nota : Sebarang penggunaan gambar untuk tujuan komersil perlu mendapat kebenaran dari SaupixAhmad.com
semakin hari semakin yakin.
diam-diam
hati semakin kuat
senyap-senyap
rendu kian terbela
siang-siang
pelangi warna warni teman sejati
malam-malam
bintang sinarkan kelam hati
hari-hari
jiwa makin bahagia
kini
sungguh-sungguh
aku cinta kamu.
p/s: semakin hari semakin yakin. Terima Kasih Tuhan : )
by:
yakintan
thepoetgirl fanpage
25 May 2010

“Nukilan Gambar adalah apa yang ditangkap dari rasa yang dilihat dengan mata dan dicipta dengan cinta” Saya SaupixAhmad berkongsi bersama hasil karya saya dengan kerjasama AyatAyatCinta.Net memberikan gambar-gambar inspirasi cinta kepada pelawat dan peminat kami. Terus menyokong Saya dan AyatAyatCinta.Net :)
*Nota : Sebarang penggunaan gambar untuk tujuan komersil perlu mendapat kebenaran dari SaupixAhmad.com
Biji-Biji Merah Hati
jangan kau fikir hidup ini mudah
tiap hari dengan pesanan alarm
sogok kan biji-biji merah hati kecil
ke dalam mulut
pahit
kelat
tapi mesti di telan setiap hari
jika tidak
bahana padahnya
kadang terasa bosan
berapa lama harus begini
hidup berteman ubat setiap hari
kadang terasa tak kuasa
melayan check up memusnah rasa
kau mesti kuat
lawankan segala yang ada
kau mesti peka
jangan abaikan pil-pil merah hati itu
supaya kau tak leka
kau harus ingat..
kau punya aku,adik,mama dan papa dan seluruhnya
sayang kamu.
p/s: Ngah, ini hutang poem untuk pil-pil ubat kamu yang kakak tak ingat nama saintifiknya.
Jangan lupa makan ubat ikut time.
by:
yakintan
thepoetgirl fanpage
18 May 2010

“Nukilan Gambar adalah apa yang ditangkap dari rasa yang dilihat dengan mata dan dicipta dengan cinta” Saya SaupixAhmad berkongsi bersama hasil karya saya dengan kerjasama AyatAyatCinta.Net memberikan gambar-gambar inspirasi cinta kepada pelawat dan peminat kami. Terus menyokong Saya dan AyatAyatCinta.Net :)
*Nota : Sebarang penggunaan gambar untuk tujuan komersil perlu mendapat kebenaran dari SaupixAhmad.com
Semua Ada.
untuk saat yang tak terganti
untuk kata yang tak terungkap
untuk madah yang tak terbias
untuk cinta yang tak terselam
untuk ketentuan yang tak terjangka
kini semua dah kau rasa …
apalagi yang kau cari,
jika inilah puncak bahagia.
genggam sampai bara.
” When lies become the truth
That’s when I run to you
I run to you baby ! “
by:
yakintan
thepoetgirl fanpage
21 May 2010
Kata Adam Khalis:
Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.
Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!
Kata Orang:
… opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-65-4
Harga: RM21.00

“Nukilan Gambar adalah apa yang ditangkap dari rasa yang dilihat dengan mata dan dicipta dengan cinta” Saya SaupixAhmad berkongsi bersama hasil karya saya dengan kerjasama AyatAyatCinta.Net memberikan gambar-gambar inspirasi cinta kepada pelawat dan peminat kami. Terus menyokong Saya dan AyatAyatCinta.Net :)
*Nota : Sebarang penggunaan gambar untuk tujuan komersil perlu mendapat kebenaran dari SaupixAhmad.com
Pengemis Rindu
serakah rindu ini siapa yang peduli
cuma terperam di dalam kalbu
menanti tatkala masak untuk ku nyatakan selalu
namun aku gusar rindu ini tak laku
walhal seluruh rasa ini maha kaya untuk kamu
sayangnya ia mungkin miskin di mata kamu
ironiknya aku tak pernah henti merindu
ku peram lagi resah rindu ini
maka jadilah aku pengemis rindu…
p/s: “Missing you is now my permanent hobby”
by:
yakintan
thepoetgirl fanpage
18 May 2010