• Home
  • Kami
  • Dr.Cinta
  • Hantar Karya
  • Iklan
  • Beli Novel
  • Komuniti
  • Kata Cinta
June 19, 2013
AyatAyatCinta

“Ayat Ayat Cinta, menceritakan tentang cinta yang ada dalam hidup kita dengan gambaran kasih sayang, diceritakan melalui puisi, digambarkan dengan potret dan dinyanyikan dengan lagu. Salam dan Selamat datang ke AyatAyatCinta.Net”

Menarik
  • Artikel Cinta
  • Ayat Ayat Cinta
  • Cerita Cinta
  • Design Lover
  • Dr.Cinta
  • FotoCinta
  • Kartun
  • Koleksi Novel
  • Media Terkini
  • Puisi Cinta
  • Tips Cinta
  • Video Cinta
  • Join Komuniti

Cinta Berjauhan (Design)

Posted On Thursday, May 17, 2012 By Cinta Hati. Under Ayat Ayat Cinta, Design Lover  Tags: Cinta Design, Cinta Jarak Jauh, Design Cinta  

2 komen
Bace Yang Penuh

Cinta Jarak Jauh, Bolehkah Bertahan? (Artikel)

Posted On Wednesday, July 20, 2011 By Cinta Hati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: Cinta Jarak Jauh  
thumb
Pernahkah anda berjauhan dengan pasangan anda untuk suatu tempoh masa yang lama? Mampukah anda mempertahankan cinta sekiranya si dia tiada di depan mata? Sememangnya cinta jarak jauh besar dugaannya kepada pasangan yang mengalaminya. Setiap masa diri ini sentiasa merindukan dirinya yang jauh. Apakan daya, jarak menjadi penghalang. Kunci kebahagiaan bagi pasangan jarak jauh semestinya bermula ...


Pernahkah anda berjauhan dengan pasangan anda untuk suatu tempoh masa yang lama? Mampukah anda mempertahankan cinta sekiranya si dia tiada di depan mata? Sememangnya cinta jarak jauh besar dugaannya kepada pasangan yang mengalaminya. Setiap masa diri ini sentiasa merindukan dirinya yang jauh. Apakan daya, jarak menjadi penghalang.

Kunci kebahagiaan bagi pasangan jarak jauh semestinya bermula daripada kepercayaan dan kesetiaan. Berada jauh daripada sisi pasangan sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan. Lebih-lebih lagi, jika si dia merupakan individu yang terbuka, mudah bergaul dan sering bertemu orang ramai. Yang penting anda mestilah berfikiran positif. Cemburu tidak bertempat dan membuta-tuli hanya akan membunuh hubungan anda. Sikit-sikit cemburu bolehlah. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Asalkan tidak keterlaluan, nanti dikatakan paranoid dan obsessif pula. Letakkan rasa percaya bahawa si dia juga mencintai dan merindui anda.

Komunikasi adalah sangat penting. Cari masa untuk berhubung. Dalam dunia yang serba maju sekarang, tidak sukar untuk kekal berhubung.Tidak kiralah melalui panggilan telefon, sembang maya, emel, laman sosial dan sebagainya. Dengan adanya  komunikasi yang berkesan, anda berdua bolehlah saling berkongsi perasaan, cerita, masalah dan lebih mudah juga untuk menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin wujud antara pasangan. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan ketiadaan persefahaman yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi cinta jarak jauh.

Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut kat telefon, video chat 24 jam, emel tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa dengan pasangan anda,kebarangkalian perasaan sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak saja yang cuba untuk datang melawat. Sebaiknya bergilir-gilir supaya pasangan anda tidak merasakan hanya mereka sahaja yang berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dan bila berkesempatan berjumpa, hargailah sepenuhnya masa bersama si dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa.

Sememangnya cinta jarak jauh bukan perkara mudah. Namun begitu, jagalah cinta yang telah disemai dengan sebaiknya walaupun si dia tiada di hadapan mata. Ingat, jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang kepada cinta anda berdua. Sebaliknya, lihat ia sebagai suatu cabaran dalam mematangkan hubungan anda dan si dia. Semoga cinta anda dan si dia bertahan dan semakin teguh ke akhirnya.

9 komen
Bace Yang Penuh
  • Jadi Komuniti Kami
  • Hantar Idea
  • Terkini
    • Alhamdulillah, Berikan Kami Kasih Sayang
    • Lelaki Kenapa Kamu Curang ?
    • Senyum dan Tangis (Design)
    • Jangan Kamu Ucap (Design)
    • Tanpa Batas (Puisi)
    • Hati Tanpa Kau Sedar (Design)
    • Ku Benci Rindu (Design)
    • Persediaan Perkahwinan untuk Para Pengantin (Artikel)
    • Aku Ingin Kau Tahu (Puisi)
    • Wajah Kekasih (Puisi)
    • Sibukkan Diri (Design)
    • Maafkan Aku (Puisi)
    • Persoalan Cinta Tika Ini… (Puisi)
    • Sekali Dapat (Design)
    • Pesan Pada Hati (Design)
  • Iklan


  • AyatAyatCinta.Net
    Terima Kasih atas kunjungan anda ke AyatAyatCinta.Net . Kami akan terus memberikan artikel yang menarik dan terbaik untuk pengunjung supaya menjadi rujukan dan pilihan utama anda.. :)
  • Kongsikan
  • Komuniti
  • Hubungi Kami
    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi kami terus di

    e-mail :
    paksimedia@gmail.com
  • Authors
  • Kata Cinta
  • Komuniti
  • Pengiklanan
  • Survey
  • Dr.Cinta
  • Hubungi Kami
  • Beli Novel
  • Share / Kongsi
Copyright © 2013. All Rights Reserved.