• Home
  • Kami
  • Dr.Cinta
  • Hantar Karya
  • Iklan
  • Beli Novel
  • Komuniti
  • Kata Cinta
June 19, 2013
AyatAyatCinta

“Ayat Ayat Cinta, menceritakan tentang cinta yang ada dalam hidup kita dengan gambaran kasih sayang, diceritakan melalui puisi, digambarkan dengan potret dan dinyanyikan dengan lagu. Salam dan Selamat datang ke AyatAyatCinta.Net”

Menarik
  • Artikel Cinta
  • Ayat Ayat Cinta
  • Cerita Cinta
  • Design Lover
  • Dr.Cinta
  • FotoCinta
  • Kartun
  • Koleksi Novel
  • Media Terkini
  • Puisi Cinta
  • Tips Cinta
  • Video Cinta
  • Join Komuniti

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik (Artikel)

Posted On Tuesday, August 16, 2011 By IramaHati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: jatuh cinta kepada sahabat, persahabatan vs percintaan, Tips Untuk Lelaki, Tips Untuk Perempuan  
thumb
Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat. Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah ...

Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.

Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya?

Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.

Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.

Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.

Cinta adalah anugerah dari Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah. Tetapi jika si dia mahu kekal menjadi seorang sahabat, terimalah dengan redha. Kami di Ayat-Ayat Cinta sentiasa mendoakan kebahagiaan para pembaca. :)

6 komen
Bace Yang Penuh

7 Cara Menjaga Hubungan (Artikel)

Posted On Saturday, July 30, 2011 By Cinta Hati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: Cara Jaga Hubungan, Pasangan, Tips Untuk Lelaki, Tips Untuk Perempuan  
thumb
Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda. Apa ...

Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.

Apa yang anda dan pasangan anda boleh buat ?

1. Komunikasi
Asas “paling paling paling” penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhunbung dengan pasangan anda.. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.. Apa yang anda mampu lakukan.. seterusnya

2. Kenal & Kenal cara
Setiap ayat yang datang dari pasangan anda mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya.. Oleh itu kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham.. Adalah tidak salah jika anda bertanyakan semula untuk mendapatkan kepastian, seperti contoh di bawah

Adam : Rumah yang dihujung tuh..
Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke ?
Adam : Iye sayang ?
Melor : owwhh.. “I got it”

Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 universiti, salah faham pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya..

3. Hormat dan dihormati
Untuk mendapat hormat, anda hendaklah beri hormat dulu. Respek pasangan anda jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.

4. Tunjukkan kasih sayang
Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda.. Sering ada juga yang memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat” .. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkarang yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung.

5. Beri salam
Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda.. Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya.. Dan indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya..

6. Buat yang suka

Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan kalau pandai masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sedia kan buat dirinya.. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach”.. :) Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. :)

7. Bergurau
Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile “..

Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda.. Kongsi bersama kawan-kawan supaya mereka lebih mengetahui cara terbaik bila dah hidup berpasangan..

Amin… semoga bahagia selalu…


Photos by : Saupix Ahmad
Talent : Mir + Zack

1 komen
Bace Yang Penuh

4 Cara Menahan Marah (Artikel)

Posted On Thursday, July 28, 2011 By Cinta Hati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: Cara Menahan Marah, Marah, Tips Untuk Lelaki, Tips Untuk Perempuan  
thumb
Sifat amarah itu lahir dari bisikan syaitan, dan jika anda marah pada pasangan anda apa yang anda perlu lalukan.... AyatAyatCinta.net ingin berkongsi.. :) Adalah satu perkara yang normal kita berasa marah apabila pasangan kita membuat silap. Tapi ada caranya kita menegur. Dengan marah secara keterlaluan akan menunjukkan anda seorang yang lemah mengawal ...

Sifat amarah itu lahir dari bisikan syaitan, dan jika anda marah pada pasangan anda apa yang anda perlu lalukan….

AyatAyatCinta.net ingin berkongsi.. :)

Adalah satu perkara yang normal kita berasa marah apabila pasangan kita membuat silap. Tapi ada caranya kita menegur. Dengan marah secara keterlaluan akan menunjukkan anda seorang yang lemah mengawal emosi, panas baran dan bukan seorang pemimpin atau bakal pemimpian yang baik. Ia juga akan mengeruhkan keadaan antara anda dan pasangan anda..

Bila bertengkar..

1. Duduk
Adalah mengikut kajian sekiranya anda dalam posisi berdiri ada kemungkinan yang tinggi untuk anda lakukan sesuatu yang memudaratkan pasangan anda. Dalam posisi duduk ia menghadkan pergerakan anda mengelakkan dari melakukan sesuatu yang keterlaluan.

2. Tenang
Selepas duduk, berhenti sebentar.. Fikir, istigfar dan cuba selami masalah yang timbul.. Fahami konsep “Masalah itu ialah untuk diselesaikan” bukan untuk dibesar-besarkan..

3. Berwuduk
Bila berkesempatan, ambil sedikit masa untuk berwuduk supaya dapat mengurang atau memadam api amarah hati anda, insya allah ia sangat berkesan..

4. Bincang dengan hikmah
Jadilah seorang pemimpin, supaya anda lebih dihormati pasangan anda.. Percayalah setiap dugaan yang mendatang ada hikmahNya.. Mungkin anda tidak dapat rasa sekarang, mungkin hikmah itu hadir 5 tahun akan datang, percayalah padaNya.. Dan pasti Allah takkan menguji sebarang ujian yang tak mampu dipikul hambanya..

Kongsi dengan rakan-rakan anda supaya dapat dijadikan petua ..

Jazakallah…

No Komen. Tak nak komen ke?
Bace Yang Penuh

16 Fakta Tentang Apa yang Wanita Suka (Artikel)

Posted On Tuesday, July 26, 2011 By Cinta Hati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: Apa Wanita Suka, Kejutan, Perempuan, Shopping, Tips Untuk Lelaki, Wanita  
thumb
Kompleksiti wanita adalah sangat mendalam dan sangat sensitif, dimana kalau dibandingkan dengan golongan lelaki yang lebih simple(mudah) dan bersahaja. Kaum wanita dan hawa sememangnya kuat sifat derianya, dari hujung kaki hingga hujung rambut dan padan lah kalau mereka nak bersiap memerlukan 3 atau 4 kali masa yang diambil oleh kaum ...

Kompleksiti wanita adalah sangat mendalam dan sangat sensitif, dimana kalau dibandingkan dengan golongan lelaki yang lebih simple(mudah) dan bersahaja.

Kaum wanita dan hawa sememangnya kuat sifat derianya, dari hujung kaki hingga hujung rambut dan padan lah kalau mereka nak bersiap memerlukan 3 atau 4 kali masa yang diambil oleh kaum lelaki.

Dan oleh sebab komplesiti dan sensitiviti wanita, mereka sangat-sangat sukakan

1. Bau-bauan yang wangi dan menyegarkan.

2. Warna-warna yang terang dan menarik seperti bunga ros.

3. Objek-objek yang comel seperti teddy bear, patung-patung kecil

4. Baju-baju yang penuh dengan ketilitian dan kehalusan, seperti renda bunga pergelangan tangan, sulaman halus pada baju.

5. Barang kemas yang rekabentuknya menarik kemas tampak bergaya dan elegan

6. Makanan-makanan yang sedap, enak dan rasa yang unik, kalau dibandingkan dengan lelaki dengan sifat “belasah saje”

7. Barangan bayi, kerana sifat keibuan yang merupakan fitrah semulajadi wanita.

8. Puisi dan sajak yang menonjolkan rasa kasih sayang dan cinta

9. Cerita, movie dan kisah romantik yang mengasyikkan

10. Lagu-lagu jiwang, kerana lirik-liriknya yang menceritakan hati mereka

11. Mendengar kata-kata manis dari diri anda untuk dirinya supaya rasa dihargai dan disayangi.

12. Dimanjakan dan dijaga dengan penuh kasih sayang

13. Gosip dan Artis mahu mengetahui trend terkini dan selalunya dijadikan idola.

14. Shopping! Mereka suka menyimpan koleksi supaya dapat kelihatan berbeza sentiasa.

15. Alat solek dan penjagaan kulit supaya sentiasa kelihatan anggun dan berseri menjadi daya pemikat kepada lelaki

16. Kejutan! Bukan kejutan elektrik tapi “surprise” dalam bentuk hadiah, sambutan hari jadi, sambutan ulang tahun perkahwinan.

Ada lagi yang anda ingin kongsikan bersama kami? Kongsi dengan rakan-rakan lelaki anda supaya mereka lebih memahami sifat feminin anda :)

2 komen
Bace Yang Penuh

Tips Memujuk Kekasih Merajuk (Artikel)

Posted On Monday, July 25, 2011 By Cinta Hati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: Berikan Perhatian, Kejutan, kekasih merajuk, tips memujuk kekasih, Tips Untuk Lelaki  
thumb
Lumrah pasangan kekasih yang sedang bercinta, kadangkala pasti ada pihak yang merajuk. Telefon tidak berjawab, SMS tidak berbalas. Facebook pun dia deactivate. Pasti pening macam mana mahu memujuk si dia kan? Tips Memujuk Kekasih (Gadis) Merajuk 1. Berikan hadiah. Hati seorang perempuan memang mudah cair bila anda menghadiahkan sesuatu untuknya kerana ...

Lumrah pasangan kekasih yang sedang bercinta, kadangkala pasti ada pihak yang merajuk. Telefon tidak berjawab, SMS tidak berbalas. Facebook pun dia deactivate. Pasti pening macam mana mahu memujuk si dia kan?

Tips Memujuk Kekasih (Gadis) Merajuk

1. Berikan hadiah.
Hati seorang perempuan memang mudah cair bila anda menghadiahkan sesuatu untuknya kerana itu tandanya anda menghargainya. Tak perlu hadiah yang mahal, asalkan ikhlas daripada hati, si dia pasti akan suka walaupun pura-pura tak mahu terima. Antara hadiah yang sering menjadi pilihan adalah seperti bunga, coklat, patung/soft toy, dan pelbagai lagi barangan comel yang sesuai dengan diri si gadis. Jika hadiah itu sesuatu yang anda buat sendiri, pasti keikhlasan anda memujuk akan lebih terserlah.

2. Nyanyikan lagu untuknya.
Kebanyakan perempuan memang mudah tersentuh bila mendapat dedikasi lagu daripada kekasih mereka. Apatah lagi jika anda sendiri yang menyanyikan lagu cinta tersebut sambil diiringi oleh petikan gitar. Oh so sweet! Cair dibuatnya. Silap haribulan, tak boleh tidur dia nanti. Jika anda tidak pandai menyanyi atau bermain muzik, tidak mengapa. Gunakan kreativiti anda untuk menghantarkan dedikasi lagu untuknya. Pilih lagu kegemarannya atau lagu yang menggambarkan perasaan hati anda.

3. Tuliskan nota cinta.
Ungkapkan perasaan anda kepada si dia. Lelaki memang jarang mengekspresikan perasaan mereka jika dibandingkan dengan perempuan. Beri kejutan dengan menyelitkan nota-nota cinta anda buatnya. Apabila dia tidak melihat, selitkan kad, puisi, gambar atau nota hati anda di tempat-tempat yang strategik seperti celah-celah buku, dalam beg, laci meja, wiper kereta dan sebagainya. Rajuknya pasti semakin reda apabila terjumpa dan membaca nota hati anda itu.

4. Kejutan
Seperti yang telah dinyatakan tadi, perempuan memang suka dengan kejutan-kejutan manis kerana ini membuatkan mereka berasa diingati, disayangi dan istimewa. Barulah tambah terserlah keromantikan anda. Jika perlu, minta bantuan kawan-kawannya ketika mengatur rancangan kejutan rahsia anda agar ianya berjalan dengan lancar. Senanglah anda mahu memujuknya nanti.

5. Berikan Perhatian
Apabila anda terlalu sibuk dengan hal-hal lain seperti kerja, tugasan, kuliah, kawan dan sebagainya sehingga tidak sempat melayannya, si dia merajuk. Bukannya dia marah, cuma mungkin inginkan lebih perhatian dan mahu bermanja dengan anda. Cubalah untuk luangkan masa yang berkualiti bersama kekasih anda. Pasti si dia akan lebih senang hati nanti.

Semoga para jejaka di luar sana berhasil memujuk kekasih hati anda yang sedang merajuk itu. Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak membantu anda. Nantikan tips memujuk kekasih (lelaki) merajuk pada masa akan datang! :)

11 komen
Bace Yang Penuh

7 Tips Putus Cinta (Artikel)

Posted On Friday, July 8, 2011 By Cinta Hati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: Putus Cinta, Tips Putus Cinta, Tips Untuk Lelaki, Tips Untuk Perempuan  
thumb
Tak semua yang dirancang menjadi, yang diharapkan hanya tinggal mimpi, tapi apa yang pasti, hidup ini banyak lagi yang perlu diharungi. Sedih, sadih, pilu, luka adalah perasaan yang dirasai bila anda terputus cinta dengan pasangan namun anda kena sedar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum... Tenangkanlah hati anda dengan 1. Menangis Menangislah, dengan ...

Tak semua yang dirancang menjadi, yang diharapkan hanya tinggal mimpi, tapi apa yang pasti, hidup ini banyak lagi yang perlu diharungi.

Sedih, sadih, pilu, luka adalah perasaan yang dirasai bila anda terputus cinta dengan pasangan namun anda kena sedar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum… Tenangkanlah hati anda dengan

1. Menangis
Menangislah, dengan tangisan dari hati yang menangis, kerana dari tangisan itu akan mengurangkan rasa sakit, biarlah air mata itu mengalir supaya anda dapat rasa sedikit tenang dari apa rasakan.. Tak salah kalau menangis dan ia adalah digalakan kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia bila seseorang itu bersedih. Tetapi jangan sehingga memudaratkan, kerana percayalah ia baru sedikit garam yang anda rasakan..

2. Berkongsi
Ceritakanlah pada orang yang paling rapat dengan anda, terutama sekali keluarga, dalam apa jua situasi, keluarga anda akan menjadi orang yang pertama dan orang yang akan sentiasa beri sokongan pada anda.. Biar susah atau senang, mereka tetap mendampingi anda. Dengan rakan yang boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia anda, ceritakanlah supaya sedikit sebanyak boleh menjadi satu kesedaran buat diri anda.. :)

3. Bersabar dan redha
Setiap kejadian itu penuh hikmahnya.. Terimalah sekiranya dia bukan milik atau jodoh kamu, insya allah, orang yang baik itu untuk orang yang baik.. Itu janji allah pada hambaNya.

4. Masa
Tipulah jika anda tak teringatkan diri si Dia, sedangkan anda pernah pergi di restoran yang sama, dia pernah datang menjenguk di rumah keluarga anda, pergi bersiar bersama.. Biarlah masa menenangkan diri anda, dan biarlah masa untuk anda melupakan si Dia.. Ambillah seberapa banyak masa untuk tenangkan hati anda..

5. Tunggu
Antara silap dan salah, pasangan yang putus cinta, mereka sering terlalu gopoh untuk mencari pengganti, dikala hati mereka sedih.. Percayalah ia bukan satu tindakan yang terbaik, kerana dalam pada masa yang sama, pasangan anda mungkin menyesali tindakannya dan ingin kembali pada anda, ini akan membuat anda dalam keadaan lebih tertekan jika anda terpaksa pilih antara dua..

6. Aktiviti
Penuhi masa anda dengan aktiviti yang boleh melupakan anda pada si dia, jangan duduk berseorangan kerana ia akan buat ada teringatkan si dia.. Keluar bersama kawan dan keluarga untuk beriadah..

7. Berdoa
Sentiasa berdoa padaNya, memberi pentunjuk pada diri anda.. dan janganlah terlalu sedih.. Akan ada penggantinya.. percayalah pada Allah.. :)

Kongsilah dengan rakan-rakan yang memerlukan…

3 komen
Bace Yang Penuh

6 Tips Berkenalan untuk Lelaki (Artikel)

Posted On Tuesday, July 5, 2011 By Cinta Hati. Under Artikel Cinta, Tips Cinta  Tags: Tips Berkenalan, Tips Untuk Lelaki  
thumb
Baru sahaja lihat seorang gadis manis bertudung, tidak terlalu tinggi dengan raut wajah yang comel pipi yang merah.. Berkenannya di hati.. Tapi macam mana nak dekati, nanti takut silap hari terus dia lari.. Objektif berkenalan dengan si Dia.. 1. Jangan takutkan si Dia Adalah sangat penting tambah-tambah dengan perkembangan semasa kes ragut ...

Baru sahaja lihat seorang gadis manis bertudung, tidak terlalu tinggi dengan raut wajah yang comel pipi yang merah.. Berkenannya di hati.. Tapi macam mana nak dekati, nanti takut silap hari terus dia lari..

Objektif berkenalan dengan si Dia..

1. Jangan takutkan si Dia
Adalah sangat penting tambah-tambah dengan perkembangan semasa kes ragut dan rogol cukup menakutkan semua perempuan dan wanita sekarang, jadi cuba dekati dia dengan cara yang paling tak ketara bagi mengelakkan rasa sangsi..

2. Kalau tak kenal
Jangan terus menegur si Dia, kerana perempuan sering menganggap perbuatan tersebut seperti lelaki miang apatah lagi bersiul-siul.. Makin meluat dan benci anda nanti..

3. Cari persamaan
Cuba cari persamaan antara anda dan si Dia, seperti anda selalu naik bas yang sama, selalu jumpa di lif yang sama, kerja tempat yang sama.. Dengan itu anda boleh memulakan mukadimah perkenalan kerana mempunyai persamaan..

4. Jadi formal dan gentleman
Selalu mula dengan kata-kata yang elok, kerana ia merupakan doa dan yang paling terbaik adalah salam.. Tanyakan khabar dan mulakan risikan anda terhadap si Dia..

5. Bila dah biasa
Baru mula perkenalan dengan bertukar facebook / no.telefon dengan syarat si Dia merasa “Okei ” dengan anda.. Dalam masa ini kenal-kenal lah dengan si Dia dan selalu bertanya kan kepada si Dia tetapi jangan sampai dia rasa rimas dengan anda.. “Take it slow and easy” .. Jangan terlalu gopoh takut nanti tersilap langkah si Dia pun tak sukakan anda..

6. Kalau si Dia suka
Mudah untuk kita tahu apabila si Dia okei dengan anda.. Dengan tatacara dia membalas mesej, e-mail dan sbg. Kalau selalu si Dia biasa menghantar mesej maknanya, si Dia telah menerima anda sebagai kawan.. Kalau cara balasnya seperti agak kurang senang dengan anda, janganlah anda memaksa si Dia, kerana akan buat si Dia lebih benci dengan anda..

Harap-harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda.. Janganlah disalah guna tips ini, gunalah untuk kebaikan semoga mendapat berkat.. Amin .. :)

2 komen
Bace Yang Penuh
  • Jadi Komuniti Kami
  • Hantar Idea
  • Terkini
    • Alhamdulillah, Berikan Kami Kasih Sayang
    • Lelaki Kenapa Kamu Curang ?
    • Senyum dan Tangis (Design)
    • Jangan Kamu Ucap (Design)
    • Tanpa Batas (Puisi)
    • Hati Tanpa Kau Sedar (Design)
    • Ku Benci Rindu (Design)
    • Persediaan Perkahwinan untuk Para Pengantin (Artikel)
    • Aku Ingin Kau Tahu (Puisi)
    • Wajah Kekasih (Puisi)
    • Sibukkan Diri (Design)
    • Maafkan Aku (Puisi)
    • Persoalan Cinta Tika Ini… (Puisi)
    • Sekali Dapat (Design)
    • Pesan Pada Hati (Design)
  • Iklan


  • AyatAyatCinta.Net
    Terima Kasih atas kunjungan anda ke AyatAyatCinta.Net . Kami akan terus memberikan artikel yang menarik dan terbaik untuk pengunjung supaya menjadi rujukan dan pilihan utama anda.. :)
  • Kongsikan
  • Komuniti
  • Hubungi Kami
    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi kami terus di

    e-mail :
    paksimedia@gmail.com
  • Authors
  • Kata Cinta
  • Komuniti
  • Pengiklanan
  • Survey
  • Dr.Cinta
  • Hubungi Kami
  • Beli Novel
  • Share / Kongsi
Copyright © 2013. All Rights Reserved.